MAJLIS PENUTUP SELANGOR TECHSPHERE SUMMIT (STS) 2026
Kuala Lumpur Convention Centre, 17 Oktober 2026 – Telah berlangsung majlis penutup SELANGOR TECHSPHERE SUMMIT (STS) 2026 Yang Telah Disempurnakan Oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari.
YBrs. Puan Dewi Dirwana Binti Munasir, Setiausaha Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menghadiri majlis penutup ini bersama – sama Encik Shaiful Rizza bin Hj Piamin, Pengarah Jabatan Perbendaharaan, Encik Kamaruzzaman Bin Abdul Rahman, Jabatan Pengarah Perlesenan, Puan Nurulhuda Ahmad binti Khairuddin, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Encik Mohd Hazhman Bin Haron, Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa.
Untuk makluman, Sidang Kemuncak Selangor Techsphere (STS) 2026 telah berlangsung dari 14 hingga 17 Oktober 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Diperkasakan oleh HANNOVER MESSE, acara ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC). Ia merupakan salah satu komponen utama dalam Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2026.
Sidang kemuncak ini memberi tumpuan kepada pembuatan termaju, teknologi industri, serta menghubungkan inovasi global dengan keperluan transformasi digital di Malaysia dan rantau ASEAN.
















