Majlis Penyerahan Bayaran Peringkat Terakhir kepada Bekas Peneroka Felda Sungai Buaya

 MAJLIS PENYERAHAN BAYARAN PERINGKAT TERAKHIR KEPADA BEKAS PENEROKA FELDA SUNGAI BUAYA

Hulu Selangor, 19 September 2025 – Seramai 363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya akhirnya menerima bayaran akhir pampasan tanah selepas penantian selama 31 tahun.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, bertempat di Perkarangan Pejabat Urusan Murna Jaya Development (MJD) Berhad, Bandar Sungai Buaya.

Bagi peringkat terakhir ini, pihak pemaju MJD Berhad memperuntukkan sebanyak RM110.5 juta untuk diagihkan kepada penerima secara berperingkat. Dengan itu, lengkaplah pembayaran pampasan jual beli tanah bernilai RM375 juta antara bekas peneroka Felda dan pemaju.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada MJD Berhad serta semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan penyelesaian ini, sekali gus menoktahkan penantian panjang para peneroka.

Turut hadir, YBrs. Puan Dewi Dirwana Munasir, Setiausaha MPHS, bersama pengarah-pengarah dan wakil jabatan MPHS.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon #AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

 

 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 September 2025, 23:00:00.
Jumlah Pelawat :
01075419

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015