Majlis Perasmian Operasi Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Sabai

PERASMIAN TAPAK PELUPUSAN SANITARI SUNGAI SABAI

1 JULAI 2025 | KALUMPANG, HULU SELANGOR

Majlis Perasmian Operasi Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Sabai telah berlangsung dengan jayanya pada 1 Julai 2025 di Kalumpang, Hulu Selangor. Majlis ini disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Puan Julaihah binti Jamaluddin dan disaksikan oleh tetamu kehormat, Yang Amat Dihormati Engku Orang Kaya Maha Bijaya Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa serta Encik Danial Liew, Pengurus Besar Environment Division, Worldwide Holdings Berhad.

Perasmian ini menandakan permulaan rasmi operasi Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Sabai, sebuah tapak moden yang dinaik taraf sepenuhnya bagi menampung keperluan pelupusan sisa pepejal daerah Hulu Selangor secara lebih sistematik dan mampan. Tapak ini dibangunkan atas keluasan 61 ekar dan mampu mengurus lebih 6,000 tan sisa sebulan, meliputi sisa domestik, sisa pukal dan sisa lengai.

Pembinaan dan pengoperasian tapak ini dikendalikan oleh Worldwide Holdings Berhad dengan sokongan teknologi pelupusan terkini yang mematuhi piawaian antarabangsa serta kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar, Malaysia. Tapak pelupusan ini yang mula menerima sisa domestik pada 1 Julai 2025, akan memastikan semua piawaian dipatuhi bagi menjamin kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan komuniti setempat.

Majlis ini turut dihadiri oleh seksyen Pihak Berkuasa Tempatan UPEN, Ahli-Ahli Majlis MPHS, Ketua-Ketua Jabatan, serta wakil agensi teknikal dan Pihak KDEB Waste Management.

Sebagai simbolik perasmian, satu upacara pelepasan lori kompaktor pertama telah dilaksanakan melalui Jabatan Penimbang, menandakan bermulanya fasa baharu dalam pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap dan mesra alam di daerah ini.

Majlis ini turut mencerminkan komitmen MPHS dalam menyediakan kemudahan infrastruktur pengurusan sisa yang mampan sejajar dengan aspirasi pembangunan lestari negeri Selangor.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 04 Julai 2025, 01:27:57.
Jumlah Pelawat :
01017322

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015