Majlis Perasmian Shah Alam Urban Forum (SAUF) 2025

SHAH ALAM, 14 Oktober 2025 – Majlis Perasmian Shah Alam Urban Forum (SAUF) 2025 telah berlangsung dengan jayanya di MBSA Convention Centre, Shah Alam.

Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg. Dato’ Johari bin Anuar, Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Kerajaan Negeri Selangor; YBhg. Dato’ Mohd Fauzi bin Yatim, Datuk Bandar Shah Alam; Y.A.D. Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir, Dato’ Orang Besar Daerah Petaling serta dif-dif kehormat lain.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) turut hadir dalam majlis ini yang diwakili oleh En. Mohd Shahril bin Ramli, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam; En. Nurazhar bin Mohammad Jaini, Penolong Pegawai Perancang Bandar, Jabatan Perancang; serta pegawai-pegawai MPHS yang lain.

SAUF 2025 yang bertemakan "Bandar Kita, Komuniti Kita" dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebagai platform perkongsian idea, dasar dan amalan terbaik dalam pembangunan bandar mampan dan inklusif yang berlangsung selama 2 hari iaitu 14-15 Oktober 2025.

Pada majlis tersebut, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor turut meluangkan masa melawat reruai pameran MPHS yang mengetengahkan inisiatif berteraskan Bandar Pintar dan Program Kelestarian Berasaskan Komuniti sebagai sebahagian daripada komitmen MPHS dalam mendukung agenda pembangunan mampan.

Program ini berjaya menghimpunkan pemegang taruh daripada pelbagai latar belakang termasuk agensi kerajaan, PBT, NGO, institusi akademik dan komuniti dalam usaha bersama membentuk bandar yang lebih inklusif, berdaya tahan dan lestari.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

#SAUF2025

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms portal new

  • Kemaskini Terkini : Khamis 16 Oktober 2025, 07:45:48.
Jumlah Pelawat :
01090073

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015