Majlis Perhimpunan Bulanan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bagi bulan Jun 2025

PERHIMPUNAN BULANAN JUN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR 2025

KUALA KUBU BHARU, 20 Jun 2025 – Majlis Perhimpunan Bulanan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bagi bulan Jun 2025 telah berlangsung dengan lancar di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu. Perhimpunan yang telah dihoskan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) ini bertemakan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025 : “Hentikan Pencemaran Plastik”.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua MPHS, Puan Julaihah binti Jamaludin serta Pengarah Jabatan Perancang Bandar, TPr. Gs. Azlina binti Mokhtar. Dalam ucapannya, YDP MPHS menyeru semua warga kerja untuk memulakan perubahan dari diri sendiri dalam usaha melindungi alam sekitar antaranya dengan mengasingkan sisa daripada punca dan mengelakkan penggunaan plastik sekali guna semula dalam kehidupan harian.

Sebagai simbolik perasmian, semua hadirin dijemput untuk mengimbas kod QR yang tertera pada skrin dan menulis mesej ringkas berkaitan dengan tema “Hentikan Pencemaran Plastik”. Mesej-mesej yang dihantar telah dipaparkan secara langsung di skrin utama seperti “sticky note maya”, sebagai lambang komitmen bersama warga MPHS dalam usaha melindungi alam sekitar daripada ancaman pencemaran plastik.

Selaras dengan tema, perhimpunan ini turut memperkenalkan pendekatan “Bring Your Own”, iaitu para hadirin digalakkan membawa sendiri bekas makanan seperti pinggan dan bekas makanan. Inisiatif ini bertujuan mengurangkan sisa buangan plastik serta menyemai tabiat mesra alam dalam kalangan warga MPHS.

JPSPPA turut mengambil inisiatif untuk membuka beberapa reruai seperti SIDINA UCO, SIDINA E-waste, SeRuKo, garis panduan kebersihan tandas, penggredan dan penilaian premis makanan dan semak samun.

Majlis turut menyaksikan pelaksanaan Program Pementoran MPHS, yang menyaksikan pelantikan 15 pasangan mentor dan mentee dan sesi Akur Janji melibatkan 20 orang staf baharu MPHS yang melafazkan ikrar untuk menunaikan tanggungjawab mereka dengan penuh integriti, amanah dan dedikasi dalam perkhidmatan awam.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 24 Jun 2025, 09:23:11.
Jumlah Pelawat :
01010579

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015