Majlis Sarapan Pagi Bersama Jabatan Landskap

Kuala Kubu Bharu, 24 November 2025 — Majlis Sarapan Pagi Bersama Jabatan Landskap dianjurkan untuk memperkenalkan keadaan terkini Tapak Semaian MPHS kepada pengurusan tertinggi MPHS.

Sebagai Makluman, tapak semaian ini berfungsi sebagai lokasi semaian pokok-pokok yang akan ditanam oleh Jabatan Landskap melalui pelbagai program dan projek naiktaraf. Pokok-pokok yang disemai juga disumbangkan kepada komuniti yang berhasrat untuk menghijaukan dan memperindahkan kawasan masing-masing.

Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi itu dihadiri oleh Puan Julaihah binti Jamaludin Yang Dipertua MPHS, Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha MPHS, serta para pengarah dan ketua jabatan MPHS, yang turut meluangkan masa mendekati warga Jabatan Landskap sambil meninjau perkembangan kerja-kerja di lokasi tersebut.

Majlis ini bukan sekadar platform untuk mengeratkan hubungan dalam organisasi, malah turut hadir Encik Hafeez dari Refrex Sdn. Bhd. memperkenalkan sistem WATER, inovasi terkini yang akan mengubah pengurusan dan penyelenggaraan landskap.

Sistem WATER diperkenalkan sebagai teknologi pintar yang mampu meningkatkan ketepatan pemantauan kerja penyiraman oleh kontraktor, termasuk kawalan jumlah penggunaan air agar lebih efisien dan memastikan setiap tanaman menerima air yang optimum.

Demonstrasi yang ditunjukkan turut menarik perhatian para pegawai dan kakitangan MPHS, yang melihat inovasi ini sebagai satu langkah progresif menuju amalan penyelenggaraan landskap yang lebih moden, cekap dan berteraskan kelestarian.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Isnin 01 Disember 2025, 07:27:07.
Jumlah Pelawat :
01117662

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015