Majlis Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Selangor Tahun 1447H/2026M
SHAH ALAM | Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin telah menghadiri Majlis Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Selangor Tahun 1447H/2026M yang berlangsung di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Majlis penuh bersejarah ini telah disempurnakan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, sekali gus menyerikan lagi penganjuran program yang berprestij ini.
MPHS merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para qari, qariah, hafiz dan hafizah yang telah menunjukkan kecemerlangan, dedikasi serta keunggulan dalam mengangkat keindahan dan kesucian Al-Quran.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















