Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) Bil.01/2025

MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) Bil.01/2025

Kuala Kubu Bharu, 23 Jun 2025 (Isnin) : Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Puan Julaihah Jamaludin telah mempengerusikan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) Bil.01/2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Sg. Chiling, MPHS hari ini.

Mesyuarat ini bertujuan bagi menilai keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015, mengkaji prestasi organisasi berdasarkan data dan maklumat berkaitan, mengenal pasti keperluan penambahbaikan dan memastikan sistem pengurusan kualiti selaras dengan hala tuju strategik.

Pelaksanaan MS ISO 9001:2015 bukan sekadar memenuhi keperluan dalaman organisasi, tetapi berfokus kepada meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi memenuhi keperluan, harapan dan kepuasan pelanggan, iaitu masyarakat setempat.

Peranan utama adalah bagi memberikan perkhidmatan berkualiti dan konsisten, meningkatkan kepuasan pelanggan, menjamin ketelusan dan kebertanggungjawaban, meningkatkan kecekapan pengurusan perkhidmatan, membudayakan penambahbaikan berterusan

Komitmen yang berterusan daripada pihak pengurusan dan seluruh warga kerja MPHS merupakan kunci utama dalam memastikan kejayaan pelaksanaan MS ISO 9001:2015. Usaha ini selaras dengan hasrat MPHS untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat Hulu Selangor serta meningkatkan imej dan kepercayaan terhadap organisasi.

Turut hadir bersama Tuan Shaiful Rizza bin Haji Piamin Penolong Setiausaha Majlis Perbandaran Hulu Selangor merangkap Pengarah Perbendaharaan, Pengarah-pengarah Jabatan, Ketua Bahagian, Ketua Juruaudit Kualiti Dalaman, Ketua Dokumentasi MS ISO 9001:2015, Pengurus Risiko MS ISO 9001:2015 dan wakil-wakil jabatan/bahagian.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 27 Jun 2025, 05:56:24.
Jumlah Pelawat :
01012469

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015