MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR TUAN RUMAH MESYUARAT LIBAT URUS PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN SWASTA TERBENGKALAI DI NEGERI SELANGOR - SIRI 2 (ZON UTARA SELANGOR) OLEH JABATAN PERUMAHAN NEGARA, KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT).
KUALA KUBU BHARU, 9 Julai 2026 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menjadi tuan rumah Mesyuarat Libat Urus Pemulihan Projek Perumahan Swasta Terbengkalai di Negeri Selangor - Siri 2 (Zon Utara Selangor) yang dianjurkan oleh Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai (BPPT), Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, YBrs. Dr. Tan Awang Besar.
Turut hadir Bersama pada mesyuarat tersebut adalah YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha merangkap Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor serta wakil-wakil daripada jabatan/agensi di peringkat negeri dan daerah serta agensi teknikal yang berkaitan.
Mesyuarat ini diadakan adalah bagi bertujuan untuk menyelaras kerjasama dan tindakan oleh pihak yang terlibat di peringkat negeri dan daerah bagi memastikan projek perumahan swasta yang terbengkalai dapat dipulihkan. Pengerusi mesyuarat berharap agar setiap pihak dan agensi perlu mengenalpasti serta mempunyai pelan tindakan pemulihan yang jelas terhadap projek perumahan swasta yang terbengkalai.
















