MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS) BILANGAN 9/2026.
MPHS, 28 September 2026, Isnin. Mesyuarat MPHS Bil. 9/2026 telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS. Turut hadir Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha merangkap Timbalan Yang Dipertua bersama barisan Ketua Whip, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah Jabatan, Ketua Bahagian/ Unit MPHS.
Terdapat enam (6) Minit Mesyuarat Jawatankuasa telah dibentangkan dan disahkan dalam Mesyuarat Penuh Majlis tersebut.
Ucapan penangguhan pula telah disampaikan oleh Tuan Azrul bin Aziz, Ahli Majlis zon 1 dan mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi.
Pihak Jabatan Perancang Bandar MPHS juga telah membuat edaran buku Rancangan Selangor Kedua (RS-2) kepada barisan Ahli Majlis, Pengarah Jabatan dan Ketua Jabatan/Bahagian sebagai menyahut inspirasi Kerajaan Negeri.