Mesyuarat Penutup (Exit Conference) Pengauditan Penyata Kewangan MPHS

MESYUARAT PENUTUP (EXIT CONFERENCE) PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN MPHS BAGI TAHUN BERAKHIR 2024

11 Ogos 2025, Bilik Mesyuarat Chiling, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menjalani proses Mesyuarat Penutup (Exit Conference) Pengauditan Penyata Kewangan MPHS bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 11 Ogos 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Chiling, MPHS.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua MPHS, Puan Julaihah binti Jamaludin, dan turut dihadiri oleh Setiausaha MPHS, Puan Dewi Dirwana binti Munasir, pasukan auditor dari Jabatan Audit Negara cawangan Negeri Selangor dan pasukan auditor dari firma Tetuan Bal & Partners serta barisan Pengarah dan Ketua Jabatan MPHS.

Sebanyak 12 isu yang dibangkitkan secara bersama oleh Jabatan Audit Negara Cawangan Negeri Selangor yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Audit Negeri, Puan Dr. Yati binti Md Lasa dan Tetuan Bal & Partners yang diketuai oleh Encik Muhammad Sanusi bin Ismail dan kesemua isu tersebut berjaya dijelaskan oleh barisan para Pengarah Jabatan MPHS yang diketuai oleh Pengarah Kewangan MPHS.

Perbincangan yang berlangsung telah menemui titik persetujuan terhadap langkah-langkah memantapkan lagi pengurusan perakaunan agar terus telus, betul dan saksama selaras dengan piawaian perakaunan MPSAS yang ditetapkan. Sesi ini turut membuka ruang perbincangan yang lebih mendalam dalam memperkukuhkan tadbir urus kewangan MPHS secara menyeluruh.

MPHS komited untuk terus meningkatkan integriti kewangan dan kecekapan pengurusan kewangan selaras dengan objektif memberikan perkhidmatan perbandaran yang cemerlang demi kesejahteraan warga Hulu Selangor.

#MPHS
#GoForSijilBersih
#TadbirUrusBaik
#HuluSelangor
#TelusDanAmanah
#JusticeForZara
#EndowmenMPHS

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 14 Ogos 2025, 07:00:27.
Jumlah Pelawat :
01049270

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015