MPHS aktif promosikan Hulu Selangor sebagai destinasi EcoTourism
Dari Kelana Jaya ke Pasar Seni — kami turun padang bersama komuniti!
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengambil bahagian dalam salah satu expo terbesar yang menghimpunkan peminat gaya hidup aktif, aktiviti lasak dan pelancongan luar iaitu Outdoor Expo Malaysia 2025 di Kompleks Sukan Kelana Jaya pada 25-27 Julai yang lalu.
MPHS juga menyertai Selangor Travel Fair 2025 di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Booth MPHS mengetengahkan pelbagai tarikan pelancongan Hulu Selangor, termasuklah lokasi eko-rekreasi, perkampungan Orang Asli, serta aktiviti keluarga yang semakin mendapat perhatian pelancong tempatan & luar negara.
MPHS memperkenalkan Hulu Selangor sebagai destinasi utama EcoTourism, lengkap dengan pemandangan semula jadi yang memukau serta pelbagai aktiviti mencabar dan menyeronokkan
Rakan strategik kami turut hadir memberi sokongan:
White Water Rafting (Malaya Outworld dan Xventure Mind)
Pendaftaran bagi acara Selangor King of Mountain 2025 yang bakal berlangsung pada bulan September juga telah dibuka secara rasmi di booth MPHS!
Daftar King of Mountain sekarang:
Yang Dipertua MPHS, Puan Julaihah binti Jamaludin turut turun padang ke lokasi pameran, menyantuni pengunjung serta memberikan sokongan padu terhadap promosi pelancongan berasaskan alam semula jadi di Hulu Selangor.
MPHS merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir ke kedua-dua booth kami.
Komitmen kami untuk memajukan pelancongan mampan, gaya hidup sihat dan komuniti lestari akan terus diteruskan