MPHS Galak Amalan Kitar Semula Dan Pengurusan Sisa Lestari Di Hari Tanpa Kenderaan, Jalan Orkid Bukit Sentosa

MPHS GALAK AMALAN KITAR SEMULA DAN PENGURUSAN SISA LESTARI DI HARI TANPA KENDERAAN, JALAN ORKID BUKIT SENTOSA

BUKIT SENTOSA, 25 OKTOBER 2025 – Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti (KesKom), JPSPPA, MPHS telah berjaya mengumpul sebanyak 376.60 kilogram minyak masak terpakai, 64.55 kilogram (47 unit) sisa elektronik, dan 23 kilogram (89 unit) buku terpakai sempena Hari Tanpa Kenderaan yang berlangsung di Jalan Orkid, Bukit Sentosa.

Melalui penganjuran reruai pendidikan seperti SIDINA UCO (Minyak Masak Terpakai), SIDINA e-Waste (Sisa Elektronik), Kempen Katakan Tidak Kepada Plastik Sekali Guna, dan Buku Terpakai Membawa Nilai, KesKom berjaya menarik perhatian dan penyertaan aktif masyarakat setempat. Program ini turut diserikan dengan Anjung MPHS, yang menarik minat 46 orang peserta untuk menguji pengetahuan mereka tentang pencemaran mikroplastik melalui kuiz interaktif menggunakan aplikasi Kahoot.

Kesemua reruai ini berperanan mendidik masyarakat bahawa sisa bukan sekadar sampah, tetapi jika diurus dengan betul, ia mampu memberi manfaat besar kepada alam sekitar, kesihatan awam, dan ekonomi komuniti.

Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar, malah menyokong pelaksanaan Dasar Ekonomi Kitaran Negara serta memperkukuh komitmen MPHS terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) terutamanya SDG 11: Bandar dan Komuniti Lestari, SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab, dan SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim.

Pencapaian ini membuktikan bahawa kesedaran masyarakat Hulu Selangor terhadap amalan kitar semula semakin meningkat. Usaha ini bukan sahaja membantu mengurangkan jumlah sisa ke tapak pelupusan, tetapi juga menyemai nilai tanggungjawab dan keprihatinan dalam menjaga kelestarian alam sekitar. Bersama-sama kita jadikan Hulu Selangor sebuah daerah yang bersih, hijau dan lestari untuk semua.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

#JPSPPA

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms portal new

  • Kemaskini Terkini : Khamis 30 Oktober 2025, 10:00:19.
Jumlah Pelawat :
01097491

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015