MPHS Jadi Rujukan Pasukan Keselamatan UPM dalam Kawalan Anjing Terbiar

MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS) JADI RUJUKAN PASUKAN KESELAMATAN UPM DALAM KAWALAN ANJING TERBIAR.

KUALA KUBU BHARU, 23 APRIL 2026 — Satu lawatan kerja oleh pasukan Polis Bantuan Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah berlangsung dengan jayanya bagi mendapatkan pendedahan berkaitan pengurusan anjing terbiar berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa.

Lawatan ini diketuai oleh Dr. Rozanaliza Binti Radzi dan Inspektor Mior Ahmad Azham Bin Mior Mohd Shopi bersama tujuh pegawai dan kakitangan UPM, bertujuan memperkukuh kefahaman serta meningkatkan kemahiran dalam pengendalian aduan, teknik penangkapan secara berperikemanusiaan dan pengurusan haiwan terbiar secara sistematik.

Delegasi pelawat telah disambut oleh Encik Muhamad Ismail Bin Gulam Rasul, Pegawai Kesihatan Persekitaran merangkap Penolong Pengarah bersama kakitangan Bahagian Kesejahteraan dan Kelestarian Komuniti (KESKOM), JPSPPA MPHS. Taklimat yang diberikan oleh Encik Mohamad Alauddin Bin Mustafa,Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan dan Encik Muhammad Addif Bin Mohd Sukri, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran merangkumi keseluruhan aliran kerja bermula daripada penerimaan aduan awam, pemantauan kawasan berisiko, pelaksanaan operasi tangkapan hingga pengurusan di pusat tahanan sementara.

Sepanjang lawatan, peserta turut dibawa melawat pusat tahanan sementara bagi melihat kemudahan serta kaedah pengurusan haiwan terbiar yang dilaksanakan. Pihak MPHS menekankan pendekatan yang mengutamakan kebajikan haiwan selaras dengan peruntukan undang-undang, di samping memastikan keselamatan anggota melalui penggunaan peralatan yang sesuai dan pematuhan SOP yang ketat.

Wakil UPM merakamkan penghargaan atas perkongsian kepakaran oleh MPHS dan berharap ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam pengurusan keselamatan kampus. Lawatan ini dilihat sebagai inisiatif strategik dalam memperkukuh kerjasama antara agensi serta menyokong SDG 17 (Perkongsian untuk Matlamat) dalam menangani isu haiwan terbiar secara lebih berkesan dan berhemah, di samping komitmen berterusan MPHS dalam memastikan kesejahteraan komuniti dan kebajikan haiwan sentiasa terpelihara.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

#JPSPPA

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 05 Mac 2027, 07:15:16.
Jumlah Pelawat :
01243534

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015