MPHS Jalani Sesi Penilaian ESRI Malaysia Geoinnovation Award 2025

MPHS Jalani Sesi Penilaian ESRI Malaysia Geoinnovation Award 2025

Hulu Selangor, 29 Oktober 2025 — Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan Sesi Penilaian ESRI Malaysia Geoinnovation Award 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Chiling, MPHS, sebagai sebahagian daripada usaha menilai inovasi sistem Executive Information System (EIS MPHS) yang dibangunkan di bawah inisiatif Smart City Hulu Selangor.

Program penilaian ini dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi MPHS, wakil ESRI Malaysia, serta Layersoft Solution Sdn. Bhd. selaku vendor sistem. Antara yang hadir termasuk Encik Shaiful Rizza bin Hj. Piamin, Pengarah Jabatan Perbendaharaan merangkap Penolong Setiausaha MPHS; TPr. Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar; Encik Mohamad Ramdan bin Ibrahim, Ketua Bahagian ICT MPHS bersama pengarah-pengarah jabatan dalaman MPHS.

Sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Shaiful Rizza diikuti pembentangan sistem EIS MPHS oleh TPr. Gs. Azlina Mokhtar. Dalam sesi tersebut, pasukan penilai daripada ESRI Malaysia yang diketuai oleh Puan Joanne Loh, Chief Technology Strategist turut menilai keberkesanan sistem dari aspek integrasi GIS, penggunaan dashboard pintar, serta keupayaan analisis spatial masa nyata.

Melalui EIS MPHS, data daripada 13 jabatan diintegrasikan dalam satu platform geospatial yang membolehkan pemantauan, pelaporan dan perancangan bandar dilakukan secara lebih cekap dan berasaskan data.

Sesi penilaian berlangsung dengan jayanya dan mendapat maklum balas positif daripada pihak penilai, yang mengiktiraf MPHS sebagai antara pihak berkuasa tempatan yang aktif dalam memperkasa inovasi digital dan penggunaan teknologi GIS dalam tadbir urus bandar.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon #AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms portal new

  • Kemaskini Terkini : Khamis 30 Oktober 2025, 10:00:19.
Jumlah Pelawat :
01097491

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015