MPHS Menyokong Festival Sawah Padi Sekinchan 2026

MPHS Menyokong Festival Sawah Padi Sekinchan 2026

Pada 25hb April 2026 yang lepas, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah turut serta menyertai Larian Sawah sempena Festival Sawah Padi Sekinchan 2026 dalam suasana yang meriah, berlatarbelakangkan keindahan sawah padi yang menghijau.

Penyertaan seramai 20 orang kakitangan MPHS adalah sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran program berasaskan komuniti yang bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat, malah memperkenalkan keunikan sektor pertanian dan pelancongan tempatan kepada masyarakat umum.

Turut menyertai larian sejauh 5 kilometer ini ialah:

  • Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS
  • Puan Dewi Dirwana, Setiausaha MPHS
  • Puan Nurulhuda Ahmad binti Khairuddin, Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat

Penglibatan ini turut mencerminkan komitmen MPHS dalam menyokong inisiatif yang memberi manfaat kepada komuniti serta memperkukuh hubungan kerjasama antara agensi dan masyarakat setempat.

MPHS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur atas kejayaan menganjurkan program yang berimpak positif ini.

Semoga penganjuran seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha memupuk semangat kebersamaan dan kesejahteraan komuniti.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 05 Mac 2027, 07:15:16.
Jumlah Pelawat :
01245280

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015