MPHS PERKUKUH KOMITMEN PEMBANGUNAN LESTARI DI SAUF 2025
SHAH ALAM, 15 Oktober 2025 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menyertai Shah Alam Urban Forum (SAUF) 2025 yang melabuhkan tirainya dalam satu Majlis Penutup yang berlangsung petang tadi, dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Fauzi bin Yatim, Datuk Bandar Shah Alam, bertempat di MBSA Convention Centre. Program ini diadakan sempena Sambutan Jubli Perak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan tema "Bandar Kita, Komuniti Kita."
Hadair pada majlis tersebut Puan TPr. Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPHS dan pegawai teknikal. MPHS turut mengambil bahagian melalui reruai yang dikendalikan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, dengan mengetengahkan tiga inisiatif utama: Sistem Maklumat Bersepadu (EIS MPHS), Geran Khas Komuniti Mampan (G-KOM) dan Sisa Jadi Dana (SIDINA) – inisiatif yang memupuk penglibatan aktif komuniti, institusi pendidikan dan NGO dalam agenda kelestarian bandar.
Penyertaan MPHS dalam SAUF 2025 ini menggambarkan komitmen berterusan pihak berkuasa tempatan itu dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) serta usaha Negeri Selangor ke arah bandar hijau, sejahtera dan rendah karbon.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon