MPHS Perkukuh Pengurusan Sampah Hulu Selangor Bersama KDEBWM Lancar Lori Roro Baru

MPHS PERKUKUH PENGURUSAN SAMPAH HULU SELANGOR BERSAMA KDEBWM LANCAR LORI RORO BARU

HULU SELANGOR, 12 Sept – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) terus memperkukuh usaha menjadikan daerah ini sebagai bandar rendah karbon dengan memeterai kontrak baharu bersama Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEBWM) untuk Perkhidmatan Pembersihan Awam (PPA) selama tujuh tahun, bermula 1 September 2025 hingga 31 Ogos 2032. Majlis ini di sempurnakan oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS bersama Yang Berbahagia Dato’ Haji Ramli bin Mohd Tahir, Pengarah Urusan KDEBWM sambil disaksikan oleh Yang Amat Dihormati Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor.

Melalui kontrak bernilai RM18.7 juta setahun itu, KDEBWM memperkenalkan 45 lori RORO baharu yang dilengkapi teknologi mesra alam Euro 4 dan Euro 5. Setiap zon pembersihan akan mempunyai lori khusus bagi kutipan sampah pukal, menjadikan operasi lebih cekap, menyeluruh dan selari dengan keperluan penduduk yang semakin bertambah. Liputan perkhidmatan turut diperluas daripada 34 zon kepada 45 zon, menandakan komitmen MPHS dalam memastikan pengurusan sisa pepejal yang lebih tersusun.

Yang Dipertua MPHS, Puan Julaihah Jamaludin, menegaskan bahawa langkah ini bukan sahaja memastikan penduduk menikmati perkhidmatan pembersihan yang konsisten, malah menyokong Pelan Induk Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor (PISPPANS) yang dilancarkan kerajaan negeri. Katanya, kebersihan awam harus dikekalkan demi mengekalkan imej Hulu Selangor sebagai destinasi pelancongan yang bersih, indah dan berdaya saing.

Menurut beliau lagi, daerah ini menjana purata 5,000 hingga 6,000 tan sisa sebulan yang dihantar ke tapak pelupusan di Sungai Sabai dan Bukit Tagar, dan jumlah tersebut dijangka terus meningkat. Justeru, pemerkasaan operasi KDEBWM amat penting bagi memastikan pengurusan sisa terus berkesan serta lestari.

MPHS yakin langkah ini menyumbang secara langsung kepada aspirasi menjadikan Hulu Selangor sebagai Bandar Rendah Karbon, seiring dengan agenda kelestarian negeri Selangor dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Dengan kerjasama strategik bersama KDEBWM, MPHS komited untuk memelihara alam sekitar, meningkatkan kualiti hidup masyarakat, dan mengekalkan Hulu Selangor sebagai daerah contoh dalam pengurusan sisa pepejal serta kebersihan awam.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

#JPSPPA

#KesKom

 

 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 September 2025, 23:00:00.
Jumlah Pelawat :
01075419

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015