MPHS Raih Lapan (8) Peingiktirafan di Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2025

MPHS Raih Lapan (8) Peingiktirafan di Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2025

Kuala Lumpur, 12 Februari 2026 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) terus memperkukuh komitmen terhadap pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG) menerusi penyertaan aktif dalam program Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C). Pada hari ini, MPHS telah menerima lapan Anugerah Diamond bersempena Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2025 yang berlangsung di Hilton Hotel, Kuala Lumpur.

Majlis penganugerahan berprestij anjuran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Hadir menerima anugerah tersebut ialah YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, bersama barisan Pengarah serta pegawai-pegawai MPHS. Pengiktirafan yang diterima merangkumi dua (2) kategori utama iaitu Kategori Rakan Kongsi (Partners) dan Kategori Zon Bandar Rendah Karbon.

Kategori Rakan Kongsi (Partners) :

1. Ibu Pejabat MPHS – Anugerah 1 Diamond

2. Mini Stadium Kuala Kubu Bharu – Anugerah 3 Diamond

3. Hospital Kuala Kubu Bharu – Anugerah 3 Diamond

4. Pusat Informasi Pelancongan (TIC) Kuala Kubu Bharu – Anugerah 4 Diamond

5. UMW Campus Serendah – Anugerah 4 Diamond

6. Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu – Anugerah 5 Diamond

7. Bangunan Bengkel MPHS – Anugerah 5 Diamond

Kategori Zon Bandar Rendah Karbon :

1. Kawasan Institusi Pendidikan Milenium Kuala Kubu Bharu – Anugerah 3 Diamond

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja MPHS serta rakan strategik yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program LCC2030C. Pengiktirafan ini mencerminkan keberkesanan kolaborasi strategik antara Pihak Berkuasa Tempatan dan rakan strategik dalam menyokong aspirasi Hulu Selangor ke arah Bandar Rendah Karbon, Mampan dan Lestari menjelang tahun 2035.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Khamis 12 Februari 2026, 14:56:02.
Jumlah Pelawat :
01184216

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015