MPHS Sertai Asean Sustainable Urbanisation Forum (ASUF) 2025

MPHS SERTAI ASEAN SUSTAINABLE URBANISATION FORUM (ASUF) 2025

12 Ogos 2025, Kuala Lumpur - Bersempena penganjuran Asean Sustainable Urbanisation Forum (ASUF) 2025 yang bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”, YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS telah dijemput selaku panel jemputan dalam ‘Special Session 2 : Thriving Together: Cities Leading the Way in Inclusion and Sustainability’. YBrs. Puan TPr. Ts. Norliza binti Hashim, CEO Urbanice Malaysia selaku moderator bagi sesi ini.

Didalam sesi ini, Puan Yang Dipertua telah berkongsi inisiatif yang telah dilaksanakan oleh MPHS kearah kemampanan dan inklusif di Daerah Hulu Selangor. Turut bersama sebagai panel jemputan pada sesi ini adalah Mr, Baey Yam Keng, Minister of State, Ministry of Transport and Ministry of Culture, Community and Youth, Mayor North East District, Mdm. Dyan Currie, Principal Dyan Currie & Associates City, H.E Mdm Fatma Sahin, Mayor of Gaziantep Metropolitan Municipality, Mdm. Fujita Megumi, Director for Planning and Coordination, Planning and Coordination Division, Tokyo Metropolitan Government dan YBrs. Puan Norazlina binti Yusof, Timbalan Pengarah, Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan UPEN Selangor.

Program ini dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama URBANICE Malaysia bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula pada 12 – 14 Ogos 2025. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YAB. Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri.

Turut hadir pada program ini, YBrs. Puan Dewi Dirwana Binti Munasir, Setiausaha MPHS, Puan TPr. Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Perancang Bandar MPHS, pengarah – pengarah jabatan dan kakitangan MPHS.

Pada program ini juga, MPHS turut mengambil bahagian dalam pameran bersama PBT Negeri Selangor di Selangor Pavilion, Hall 5, Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC) sebagai medan perkongsian bersama kepada para pengunjung di peringkat Asean.

#ASUF2025
#MalaysiaMadani
#KitaSelangor
#DaripadaAndaUntukAnda
#MajuPerkasaHasilSemua
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
#AllahPeliharakanlahHuluSelangor
#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 14 Ogos 2025, 07:00:27.
Jumlah Pelawat :
01049270

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015