MPHS Sertai Kongres United Cities And Local Governments Asia-Pacific (UCLG ASPAC) 2025 di Goyang Special City, Korea Selatan

MPHS SERTAI KONGRES UNITED CITIES AND LOCAL GOVERNMENTS ASIA-PACIFIC (UCLG ASPAC) 2025 DI GOYANG SPECIAL CITY, KOREA SELATAN

Goyang Special City, Korea Selatan – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) terus memperkukuh peranannya di peringkat antarabangsa apabila menyertai United Cities and Local Governments Asia Pacific (UCLG ASPAC) Congress 2025, yang berlangsung di Goyang Special City, Korea Selatan. Kongress yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 24 – 26 September 2025 ini pemimpin kerajaan tempatan dari seluruh Asia Pasifik untuk bertukar pandangan, strategi, serta amalan terbaik dalam usaha membentuk bandar yang lebih inklusif, berdaya tahan dan mampan.

Majlis pembukaan kongress disempurnakan oleh Mr. Lee Donghwan, Datuk Bandar Goyang Special City. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah Mr. KO Youngin, Timbalan Gabenor Hal Ehwal Ekonomi Gyeonggi, Mr. Dakila Carlo E. Cua, Presiden UCLG ASPAC, Dr. Bernadia Irawati Tjandradewi, Setiausaha Agung UCLG ASPAC, Ms. Kazuko Ishigaki, wakil rasmi UN-Habitat, Mr. Curt Garrigan, Chief of Sustainable Urban Development, United Nations ESCAP dan ramai lagi.

Hadir pada majlis tersebut YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS bersama Pn. Law Suet Peng, Ahli Majlis MPHS, Pn. Wong Sheau Mei, Ahli Majlis MPHS, Pn. TPr. Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan En. Nurazhar bin Mohammad Jaini, Penolong Pegawai Perancang Bandar, MPHS.

Pada kongress ini, Puan Yang Dipertua telah dijemput membuat pembentangan akhir inisiatif MPHS yang mewakili Malaysia dalam sesi Asia Pacific Mayor Academy 2025. Selain MPHS, turut membuat pembentangan adalah enam (6) wakil kerajaan tempatan dari Male, Nepal, Filipina, dan Indonesia.

Puan Yang Dipertua juga turut dijemput dalam sesi khas iaitu Asia-Pacific Local Government Leaders’ Roundtable yang dipengerusikan oleh Dr. Bernadia Irawati Tjandradewi, Setiausaha Agung UCLG ASPAC.

Turut diadakan adalah forum berkaitan isu global yang berkait dengan pengurusan dan pentadbiran kerajaan tempatan. Penyertaan ini membuktikan komitmen MPHS untuk terus memperjuangkan pembangunan mampan di peringkat global melalui jaringan kerjasama, inovasi komuniti dan penyelesaian berasaskan alam semula jadi.

##GoyangCongress

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

 

 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms portal new

  • Kemaskini Terkini : Selasa 07 Oktober 2025, 01:04:40.
Jumlah Pelawat :
01083726

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015