Tahniah MPHS !!
Pada 24 Mei 2025, Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menerima Honour Award bagi Green Initiative Award, Government Category untuk 'Hulu Selangor Landscape Blueprint' melalui Anugerah Malaysia Landscape Architecture Award (MLAA15) Awards Gala 2025, Renaissance Hotel Kuala Lumpur.
MLAA15 adalah platform keraian bagi meraikan kecemerlangan reka bentuk dan seni bina landskap, dengan mengumpulkan pemimpin industri seni bina landskap dari pelbagai latar belakang seperti badan korporat, perunding, kontraktor, pemaju bahkan juga organisasi kerajaan.
Majlis gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kemampanan dan Perancangan Strategik) , Datuk Saidatu Akhma binti Hassan, dengan bertemakan Nature Based Solutions.
Tahniah dan syabas diucapkan buat MPHS !
#HuluSelangorBandarRendahKarbon