MPHS TURUT SERTA MATTA FAIR 2026
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) terus mencuri perhatian apabila memasuki hari ke-2 di MATTA Fair 2026, dengan reruai MPHS menjadi antara lokasi tumpuan pengunjung yang ingin mengenali keunikan dan tarikan pelancongan Hulu Selangor.
Reruai MPHS menampilkan pelbagai produk pelancongan berasaskan alam semula jadi, dengan penglibatan pengusaha inap dusun tempatan seperti Fraser Valley Kuala Kubu Bharu dan Rumah Hutan Bonda Rozita. Turut diketengahkan ialah aktiviti sukan lasak berimpak tinggi seperti Paragliding dan Whitewater Rafting, yang menjadi antara tarikan utama di Hulu Selangor.
Menariknya, semua aktiviti yang dipromosikan ini telah berlesen di bawah MPHS, sebagai jaminan aspek keselamatan, pematuhan dan kualiti perkhidmatan kepada para pelancong. Inisiatif ini mencerminkan komitmen MPHS dalam menyokong serta memperkasa pembangunan industri pelancongan di peringkat daerah dan negeri secara mampan.
Reruai ini turut menerima kunjungan EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor, YB Dato’ Ng Suee Lim, yang memuji keunikan Hulu Selangor sebagai destinasi kaya biodiversiti, khususnya kepelbagaian spesies burung yang menjadi tarikan ekopelancongan.
Bertempat di Booth No. 1E19, di bawah Pavilion Tourism Selangor, reruai MPHS terus menjadi tumpuan pengunjung hadir.
- Jom ramai-ramai ke Hulu Selangor! Sempena Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Selangor 2026, kami menjemput anda semua untuk meneroka keindahan alam semula jadi, pengalaman sukan lasak serta keunikan komuniti tempatan di daerah ini.
- Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke hari terakhir MATTA Fair 2026, esok (Ahad, 5 April 2026) dan singgah ke reruai MPHS — kami menanti kehadiran anda!
#MPHS #HuluSelangor #MATTAFair2026 #TourismSelangor #VisitMalaysia2026 #VisitSelangor2026
#EcoTourism #AdventureTourism #BirdWatching
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















