MPHS TURUT SERTA MEMERIAHKAN PERARAKAN SEMPENA ISTIADAT PERNIKAHAN DYTM RAJA MUDA SELANGOR
Klang, 23 September 2025 – Warga kerja Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) turut mengambil bahagian dalam Perarakan Sempena Istiadat Pernikahan DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Klang.
Penyertaan ini mencerminkan semangat kebersamaan serta tanda sokongan warga MPHS terhadap acara penuh adat, tradisi, budaya dan kemegahan diraja yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Selangor.
MPHS merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan doa restu agar perkahwinan diraja ini sentiasa diberkati serta mengukuhkan ikatan kasih sayang sepanjang hayat.
#PerkahwinanDirajaSelangor #RajaMudaSelangor #TengkuAmirShah