Operasi Bersepadu Tindakan Penguatkuasaan Terhadap Aktiviti Perlombongan Bitcoin tanpa Kebenaran di Bukit Beruntung

OPERASI BERSEPADU TINDAKAN PENGUATKUASAAN TERHADAP AKTIVITI PERLOMBONGAN BITCOIN TANPA KEBENARAN DI BUKIT BERUNTUNG

7 Februari 2026, Bukit Beruntung: Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dengan kerjasama Team Special Engagement Against Losses (SEAL) Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melaksanakan satu operasi bersepadu penguatkuasaan di sekitar kawasan Bukit Beruntung pada 7 Februari 2026. Operasi ini turut disertai oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin.

Operasi ini dijalankan susulan daripada aduan awam berhubung gangguan bekalan elektrik yang berlaku di kawasan terdekat, dipercayai berpunca daripada penggunaan tenaga elektrik secara berlebihan dan tidak terkawal di premis-premis tertentu. Sehubungan itu, pihak MPHS bersama SEAL TNB telah mengambil tindakan segera dengan melaksanakan operasi bagi membanteras aktiviti yang menyalahi peraturan.

Hasil operasi mendapati lima (5) buah premis di kawasan perniagaan telah menjalankan aktiviti perlombongan Bitcoin tanpa kebenaran atau lesen yang sah. Untuk makluman, aktiviti perlombongan Bitcoin adalah tidak dibenarkan sekiranya dijalankan tanpa kelulusan pihak berkuasa dan melibatkan penggunaan bekalan elektrik secara tidak terkawal.

Aktiviti ini bukan sahaja boleh menyebabkan gangguan bekalan elektrik kepada penduduk sekitar, malah turut mendatangkan risiko kerosakan infrastruktur elektrik, peningkatan bahaya litar pintas serta kebakaran, dan menjejaskan keselamatan serta kesejahteraan komuniti setempat.

Berikutan itu, tindakan sitaan peralatan perlombongan Bitcoin telah dilaksanakan ke atas premis-premis terlibat sebagai langkah penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang dan tatacara yang berkuat kuasa.

Pihak MPHS dan TNB menegaskan bahawa sebarang aktiviti penggunaan elektrik dalam skala besar perlu mematuhi semua peraturan lesen, pendaftaran perniagaan serta syarat teknikal bekalan elektrik yang ditetapkan. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang.

MPHS ingin menasihatkan semua pemilik premis supaya sentiasa memastikan premis masing-masing dipantau dan tidak digunakan bagi menjalankan sebarang aktiviti tanpa kebenaran atau melanggar undang-undang yang ditetapkan. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati ingkar.

Orang awam yang mempunyai maklumat lanjut atau ingin membuat aduan boleh membuat aduan kepada MPHS atau pejabat TNB yang berdekatan.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Isnin 09 Februari 2026, 09:35:51.
Jumlah Pelawat :
01180384

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015