Operasi Menembak Gagak Siri 1

OPERASI MENEMBAK GAGAK SIRI 1 2025, MPHS KAWAL POPULASI HAIWAN PEROSAK

HULU SELANGOR, 15 Jun 2025, – Operasi Menembak Gagak Siri 1 yang dianjurkan oleh Unit Kawalan Haiwan Terbiar (UKHT), Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti (KesKom) MPHS telah berjaya menembak sebanyak 1792 ekor burung gagak di sekitar kawasan Hulu Selangor. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua MPHS, Puan Julaihah binti Jamaludin, dan berlangsung sepanjang hari, bermula jam 7:00 pagi hingga 8:00 malam, dengan penyertaan seramai 17 penembak berdaftar.

Matlamat utama operasi ini adalah untuk memastikan populasi burung gagak, yang dikenali sebagai haiwan perosak dan kacau ganggu, berada pada tahap terkawal. Peningkatan populasi burung gagak boleh membawa kepada pelbagai masalah seperti gangguan bunyi, kerosakan pada tanaman dan harta benda, serta risiko penyebaran penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan awam dan mencemar estetika kawasan.

Faktor Pembiakan Burung Gagak:

Pengurusan sisa makanan yang tidak sempurna dan pembuangan sampah merata-rata menjadi punca utama peningkatan populasi burung gagak, kerana sisa tersebut menjadi sumber makanan yang mudah diperoleh.

Seruan Kepada Komuniti

Sehubungan itu, MPHS menyeru seluruh komuniti setempat agar bersama-sama memainkan peranan dalam usaha mengawal populasi burung gagak menerusi langkah berikut:

1. Amalkan Pengurusan Sisa yang Betul: Gunakan tong sampah bertutup dan pastikan sampah dibuang dengan cara yang teratur dan selamat.

2. Elakkan Membuang Sampah Merata-rata: Tindakan ini bukan sahaja mencemarkan persekitaran, malah menjadi punca utama burung gagak memperoleh sumber makanan.

3. Laporkan Sarang Gagak: Segera maklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya menemui sarang burung gagak di kawasan kediaman atau tempat awam.

MPHS juga merancang untuk melaksanakan kempen kesedaran dan program pendidikan komuniti bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan mengawal populasi burung gagak demi kesejahteraan dan kebersihan persekitaran.

Komitmen Bersama

Dengan sokongan padu dan kerjasama semua pihak, kita mampu memastikan persekitaran Hulu Selangor kekal bebas daripada gangguan burung gagak. Usaha bersepadu ini amat penting demi menjamin kesejahteraan, kesihatan awam dan memelihara keindahan serta kelestarian kawasan kita bersama.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 18 Jun 2025, 04:05:25.
Jumlah Pelawat :
01006898

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015