8 Februari 2026, Serendah – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan ke atas aktiviti penjaja di Pasar Awam Serendah.
Hasil pemeriksaan mendapati satu (1) penjaja warga asing (myanmar) dikesan menjalankan aktiviti menjaja dengan menjual ikan tanpa kebenaran yang sah. Perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah UUK 3, Undang-Undang Kecil Penjaja (MDHS) 2007.
Sehubungan itu, tindakan sitaan telah diambil selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
MPHS akan terus menjalankan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti penjaja dilaksanakan secara teratur serta mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Kerjasama semua pihak amat dihargai.
















