Penghargaan Kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor Sempena Selangor Investors Appreciation Awards 2023–2024
Shah Alam, 20 November 2025 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menerima pengiktirafan di bawah kategori “Special Recognition Award for Government & Technical Agencies in Selangor” sempena Majlis Selangor Investors Appreciation Awards 2023–2024 yang berlangsung di Setia City Convention Centre, Shah Alam. Program ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor. Turut adalah YB Tuan Ng Sze Han, EXCO Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti Negeri Selangor dan YBhg. Dato’ Hasan Azhari Bin Hj. Idris, CEO Invest Selangor Berhad.
Penganugerahan ini diberikan sebagai penghargaan terhadap peranan MPHS selaku pemudah cara dalam memastikan kelancaran proses pembangunan di Daerah Hulu Selangor. Anugerah tersebut telah diterima oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS. Turut hadir ialah Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha MPHS serta TPr Gs. Azlina binti Mokhtar, Pegawai Pelaburan MPHS.
Selain MPHS, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor turut menerima pengiktirafan dalam kategori yang sama. Tahniah diucapkan kepada YBrs. Tuan Yuhanas Auree Kamarudin, Pegawai Daerah Hulu Selangor atas penganugerahan tersebut.
Majlis turut merakamkan ucapan tahniah kepada para pelabur yang menerima anugerah-anugerah berikut:
1. PERODUA Manufacturing Sdn Bhd
Kategori: DDI (Pembuatan – Pelaburan Tambahan)
Pencapaian: Pelaburan Tertinggi oleh Syarikat Tempatan di Selangor bagi Sektor Pembuatan (Pelaburan Tambahan Tahun 2023)
Lokasi: Sungai Choh, Hulu Selangor
2. LONGI (Malaysia) Sdn Bhd
Kategori: FDI (Pembuatan – Pelaburan Tambahan)
Pencapaian: Pelaburan Tertinggi oleh Syarikat Asing di Selangor bagi Sektor Pembuatan (Pelaburan Tambahan Tahun 2023)
Lokasi: Bandar Industri Bernilai Tinggi Serendah, Hulu Selangor
3. CZTL Malaysia Sdn Bhd
Kategori: FDI (Pembuatan – Projek Baharu)
Pencapaian: Pelaburan Tertinggi oleh Syarikat Asing di Selangor bagi Sektor Pembuatan (Projek Baharu Tahun 2023)
Lokasi: Hulu Bernam, Hulu Selangor
4. PERODUA Sales Sdn Bhd
Kategori: DDI (Pembuatan – Projek Baharu)
Pencapaian: Pelaburan Tertinggi oleh Syarikat Tempatan di Selangor bagi Sektor Pembuatan (Projek Baharu Tahun 2024)
Lokasi: Bandar Industri Bernilai Tinggi Serendah, Hulu Selangor
MPHS menzahirkan harapan agar pelaburan baharu dan pelaburan tambahan ini akan terus memberikan manfaat kepada penduduk Hulu Selangor, khususnya melalui penyediaan lebih banyak peluang pekerjaan. Kewujudan pelaburan ini juga secara langsung memperkukuhkan ekosistem Hulu Selangor sebagai Hab Pembuatan Pengangkutan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Invest Selangor Berhad dan Kerajaan Negeri Selangor atas pengiktirafan yang diberikan. MPHS kekal komited dalam memudah cara proses pembangunan agar setiap pelaksanaan projek dapat berjalan lancar serta memberi impak positif kepada masyarakat di Daerah Hulu Selangor.
#HuluSelangorDaerahMesraPelabur
#HuluSelangorHabPembuatanPengangkutan
















