Penjurian Pertandingan Medan Selera Bersih dan Selamat Peringkat Kebangsaan

PENJURIAN PERTANDINGAN MEDAN SELERA BERSIH DAN SELAMAT PERINGKAT KEBANGSAAN

Kuala Kubu Bharu, 18 Ogos 2026 - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menerima kunjungan panel penilai bagi Penjurian Pertandingan Medan Selera Bersih dan Selamat Peringkat Kebangsaan di Laman Selera Bandar Warisan, Kuala Kubu Bharu.
Ianya rentetan dari kemenangan awal peringkat negeri yang telah diadakan pada 21 Mei 2026 di Laman Selera Bandar Warisan, Kuala Kubu Bharu yang melayakkan premis ini mewakili Negeri Selangor di peringkat kebangsaan.
Penjurian bertujuan menilai tahap kebersihan, keselamatan, pengurusan serta persekitaran medan selera yang masuk bertanding. Pihak MPHS dimaklumkan bahawa peringkat kebangsaan ini cuma 5 medan selera yang tercalon.
Turut hadir dalam sesi penjurian tersebut ialah Yang Berusaha Encik Amlie Bin Ismail, Pengarah, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Encik Md Rizal Bin Mohd Sofian @ Abd Karim, Pengarah, Jabatan Bangunan serta Encik Mohd Shahril Bin Ramli, Pengarah, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.
Penjurian ini merupakan satu usaha penting dalam memastikan pengurusan medan selera sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan, keselamatan makanan, kesihatan persekitaran, pengurusan sisa pepejal serta keselesaan pengunjung.
Pelaksanaan program ini juga mencerminkan komitmen MPHS dalam memperkukuhkan amalan pengurusan medan selera yang bersih, selamat dan berkualiti, di samping meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap kebersihan dan keselamatan premis makanan di kawasan pentadbiran PBT.
Pihak MPHS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan panel penilai, pihak pengurusan, pegawai-pegawai serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan sesi Penjurian Medan Selera Bersih dan Selamat Peringkat Kebangsaan ini.
Semoga usaha berterusan ini dapat menyumbang kepada pewujudan persekitaran medan selera yang lebih bersih, selamat, selesa dan kondusif untuk masyarakat.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Khamis 20 Ogos 2026, 07:08:09.
Jumlah Pelawat :
01345200

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015