Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2025 (SIBF 2025)
28 November 2025. MPHS telah menghadiri Program ‘Refleksi Pasca Pandemik’ & ‘Celebrating Friendship & Culture Guangdong’ yang berlangsung semalam di Setia City Convention Centre, bersempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2025 (SIBF 2025).
Yang Dipertua MPHS, YBrs. Puan Julaihah Jamaludin turut berkongsi pengalaman pada sesi Refleksi Pasca Pandemik. Beliau berkongsi pengalaman ketika kegawatan pandemik berlaku yang mana usaha memastikan keperluan masyarakat serta sokongan kebajikan kepada para petugas barisan hadapan yang bertugas sepanjang tempoh Pandemik dilaksanakan.
Pada hari yang sama turut diadakan Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2025 (SIBF 2025) yang telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor, sekaligus mengangkat penganjuran sebagai platform utama yang memupuk semangat literasi, pertukaran budaya dan persahabatan antarabangsa.
MPHS terus menyokong inisiatif pendidikan, budaya dan komuniti yang memberi manfaat kepada masyarakat Hulu Selangor.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















