Program Adopsi Meow anjuran Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) dengan kerjasama Unit Kawalan Haiwan Terbiar, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)

Program Adopsi Meow Cipta Kejayaan: Tujuh Kucing Terbiar Temui Rumah Baharu

RAWANG, 2 Jun 2025 – Program Adopsi Meow anjuran Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) dengan kerjasama Unit Kawalan Haiwan Terbiar, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) yang berlangsung selama empat hari di AEON Mall, Rawang telah melabuhkan tirainya dengan kejayaan yang membanggakan.

Sebanyak tujuh ekor kucing telah berjaya menemui rumah baharunya. Program yang mendapat sokongan padu daripada pengurusan tertinggi MPHS ini telah berjaya menarik minat masyarakat setempat untuk turut serta dalam usaha murni menyelamatkan kucing-kucing terbiar. Pada hari ketiga dan terakhir program, Yang Dipertua MPHS, Puan Julaihah binti Jamaludin dan Puan Saripah binti Bakar Ahli Majlis Zon 8, turut hadir bagi memeriahkan acara dan menunjukkan sokongan beliau terhadap inisiatif ini.

Mereka turut melahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan kejayaan program ini semasa lawatannya. Beliau turut memuji kerjasama erat antara MPHS dan MAA serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat. "Saya amat berbangga dengan kejayaan program ini. Ia membuktikan bahawa dengan kerjasama dan komitmen yang tinggi, kita mampu memberi impak positif terhadap kebajikan haiwan.

Program adopsi kucing ini bukan sahaja berjaya memberi rumah baharu kepada kucing-kucing terbiar, malah turut menjadi platform untuk mendidik masyarakat tentang tanggungjawab terhadap kebajikan haiwan. Kejayaan ini jelas membuktikan bahawa melalui kerjasama erat dan keprihatinan bersama, kita mampu membina sebuah komuniti yang lebih penyayang, prihatin, dan bertanggungjawab terhadap kebajikan haiwan

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 06 Jun 2025, 02:25:01.
Jumlah Pelawat :
01000190

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015