Program Giant Family Ride 2025

PROGRAM GIANT FAMILY RIDE

5 Julai 2025 (Sabtu), Kuala Kubu Bharu-

Program Giant Family Ride 2025 Edisi ke-10 yang dianjurkan oleh Giant Bicycle (M) Sdn. Bhd. Acara pelepasan ini telah berlangsung di Lorong Seni, Kuala Kubu Bharu dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Pang Sock Tao, Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu, bersama Tuan Shaiful Rizza bin Hj.Piamin, Penolong Setiausaha merangkap Pengarah Perbendaharaan dan Puan Nurulhuda Ahmad binti Khairuddin, Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Kehadiran MPHS dalam program ini merupakan satu bentuk sokongan terhadap usaha kolaborasi pihak swasta dalam mempromosikan gaya hidup sihat serta memperkenalkan Kuala Kubu Bharu sebagai destinasi pelancongan aktif.

Konsep program ini adalah kayuhan santai yang memberi peluang kepada peserta untuk menikmati keindahan alam semula jadi serta keunikan kawasan sekitar secara tenang dan berperingkat. Selain itu, program ini turut mempromosikan tempat-tempat pelancongan menarik di sekitar Kuala Kubu Bharu serta sepanjang laluan kayuhan ke Bukit Fraser. Seramai lebih kurang 70 orang peserta dari pelbagai buah negara telah menyertai program ini yang melibatkan laluan dari Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser dan kembali semula.

MPHS merakamkan ucapan tahniah kepada pihak penganjur atas kejayaan pelaksanaan program dan berharap kerjasama sebegini dapat diteruskan serta diperluas pada masa akan datang.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 08 Julai 2025, 08:03:34.
Jumlah Pelawat :
01019973

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015