Program Gotong-Royong Pembersihan Tapak Perkuburan Islam Baharu Bandar Sungai Buaya

PROGRAM GOTONG-ROYONG PEMBERSIHAN TAPAK PERKUBURAN ISLAM BAHARU BANDAR SUNGAI BUAYA

Bandar Sungai Buaya, 9 November 2025 – Pada hari ini, telah berlangsung program gotong-royong pembersihan tapak perkuburan Islam baharu Bandar Sungai Buaya anjuran Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid Bandar Sungai Buaya.

Objektif gotong-royong ini dijalankan adalah bagi membersihkan dan menyediakan tapak tanah perkuburan Islam untuk penduduk Bandar Sungai Buaya. Tapak perkuburan ini terletak di Lot 22413, Bandar Serendah, di Pekeliling Sungai Buaya Selatan dengan keluasan 11.45 ekar.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid Bandar Sungai Buaya, YBhg. Dato’ Haji Ruslee Bin Haji Hashim. Acara diteruskan dengan ucapan perasmian dan penyempurnaan gimik perasmian oleh YAD Engku Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor Raja Dato’ Muzaffar Bin Raja Redzwa. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, YBrs. Puan Julaihah Binti Jamaludin, turut bersama hadir dalam program ini. Turut sama hadir ialah YDH Supt. Ibrahim Husin, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, YBrs. Tuan Mohd Zaim Bin Shukri, Ketua Penolong Pegawai Daerah, dan Encik Amirul Fahmi Bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif Murna Jaya Development Berhad.

Pihak Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid Bandar Sungai Buaya turut mengambil kesempatan ini untuk membentangkan pelan pembangunan Tanah Perkuburan Islam Bandar Sungai Buaya kepada Yang Dipertua, dan input-input teknikal telah disampaikan kepada Jawatankuasa untuk tindakan dan perhatian.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Isnin 01 Disember 2025, 07:27:07.
Jumlah Pelawat :
01117662

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015