15 Jun 2025 - Ahad
Taman Tasik Teratai Fasa 1
Program Gotong-Royong Perdana Kawasan Zon 15 anjuran Ahli Majlis Zon 15, Tuan Mohd Rezza Ramly yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya denggi serta kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.
Yang Dipertua MPHS , YBrs. Puan Julaihah Jamaludin hadir menyantuni para pendudu serta melawat kawasan sekitar. Turut hadir, Dr Sathia Prakash Nadarajan, Penyelaras Parlimen Hulu Selangor dan beberapa pemimpin tempatan. Komitmen dan kerjasama penduduk dalam sama - sama menjaga kebersihan kawasan sangat dihargai.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon