PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA QE 5.0
Kuala Kubu Bharu, 18 Julai 2025 – Program Gotong-Royong Perdana QE 5.0 telah dianjurkan dengan penglibatan aktif warga kerja Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), meliputi kawasan persekitaran dan pejabat MPHS. Program ini merupakan inisiatif ke arah memperkukuh amalan QE 5.0 di tempat kerja, di samping meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan pengurusan persekitaran yang lebih teratur dan kondusif.
Serentak dengan itu, program *JOM TIMBANG* turut dijalankan bagi memberi peluang kepada kakitangan setiap zon membawa barangan kitar semula untuk dijual terus kepada pihak yang berkaitan. Kemudahan lori juga disediakan untuk memudahkan penghantaran barangan terpakai atau buangan ke stor simpanan atau pusat pelupusan.
Program telah berlangsung dengan lancar dan mendapat penyertaan aktif daripada seluruh warga kerja MPHS. Selain menggalakkan semangat kerjasama dan berpasukan, program ini turut menyumbang kepada pencapaian persekitaran kerja yang bersih, selamat dan sistematik, sejajar dengan prinsip QE 5.0. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan program ini.
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MPHS
#HuluSelangorBandarRendahKarbon