Program Jom Bersih Hulu Selangor @ Pejabat Utama MPHS Galak Amalan Kitar Semula

Program Jom Bersih Hulu Selangor @ Pejabat Utama MPHS Galak Amalan Kitar Semula di Kalangan Kakitangan

KUALA KUBU BHARU, 3 Oktober 2025 – Program Jom Bersih Hulu Selangor @ Pejabat Utama MPHS yang dilaksanakan oleh Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti (KesKom), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) berjaya mengumpulkan 522.4 kilogram bahan kitar semula, sekali gus mencerminkan komitmen kakitangan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) terhadap amalan hijau dan kelestarian.

Jumlah kutipan meliputi minyak masak terpakai sebanyak 103 kilogram, sisa elektronik 20 unit seberat 55 kilogram, kertas dan kotak 363.4 kilogram, serta botol plastik 1 kilogram. Pencapaian ini membuktikan keberkesanan program dalam mengurangkan sisa buangan yang berakhir di tapak pelupusan.

Program yang disertai kakitangan daripada pelbagai jabatan ini bertujuan menggalakkan budaya kitar semula serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kelestarian alam sekitar. Penyertaan aktif warga kerja MPHS turut menunjukkan bahawa pendekatan “contoh melalui teladan” mampu memberi inspirasi kepada masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup lestari.

Yang Dipertua MPHS, Puan Julaihah binti Jamaludin, menyeru agar semua kakitangan MPHS sentiasa mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian mereka. “Sebagai penjawat awam, kita mesti menjadi contoh teladan kepada komuniti. Amalan kecil seperti kitar semula boleh memberi impak besar jika dilakukan secara konsisten oleh semua, ”katanya.

Usaha berterusan ini bukan sahaja menyokong agenda hijau MPHS, tetapi juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, khususnya SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan) dan SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab). Inisiatif ini juga menyokong Pelan Induk Pengurusan Sisa Pepejal Negeri Selangor, yang menekankan pengurangan sisa di punca melalui kitar semula dan ekonomi kitaran.

MPHS turut mengalu-alukan kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan lain, jabatan serta institusi pendidikan untuk menjadikan program sebegini sebagai amalan bersama. Pihak MPHS sedia dijemput bekerjasama menganjurkan program kitar semula dan kelestarian di premis lain, sekali gus memperluaskan budaya hijau ke seluruh peringkat masyarakat.

MPHS yakin bahawa kejayaan program ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif kelestarian pada masa hadapan, sekali gus menjadikan Hulu Selangor sebuah daerah yang bersih, lestari, dan berdaya tahan.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

#JomBersihHuluSelangor

#KesKom

#JPSPPA

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms portal new

  • Kemaskini Terkini : Selasa 07 Oktober 2025, 02:48:50.
Jumlah Pelawat :
01084080

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015