Program Kayuhan Raja Bukit Selangor / Selangor King of Mountain (SKOM)

SELANGOR KING OF MOUNTAIN 2025

Bukit Fraser, 14 September 2025 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dengan kerjasama Pinnacle Sport telah menganjurkan Kayuhan Raja Bukit Selangor atau Selangor King of Mountain (SKOM) yang kini memasuki edisi ke-10.

Acara SKOM merupakan kayuhan berbasikal melalui laluan berbukit dengan jarak pendakian sejauh 40 kilometer dari Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser, dengan ketinggian mencecah 1,200 meter.

Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS; Raja Dato’ Muzaffar Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor; dan YBrs. Puan Chua Yee Ling, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor. Turut hadir ialah Puan Dewi Dirwana Munasir, Setiausaha MPHS; ahli-ahli majlis serta beberapa pengarah jabatan MPHS.

Pada tahun ini, seramai 750 peserta telah mengambil bahagian, mewakili hampir 21 negara termasuk Filipina, Jepun, Indonesia, Ukraine, Singapura, China, United Kingdom, Belanda, Jerman dan banyak lagi.

Acara ini turut menjadi salah satu program utama dalam Kalendar Tahun Melawat Selangor 2025, sekali gus menyokong usaha menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.

Sebanyak tiga acara basikal dipertandingkan iaitu Roadbike, Mountain Bike dan Folding Bike, dengan setiap acara membariskan empat kategori:

i. Lelaki Open

ii. Wanita Open

iii. Junior

iv. Veteran

Bagi edisi kali ini, gelaran “King of The Mountain” dimenangi oleh Mohd Hafiz Rozli dengan catatan masa 1 jam 23 minit 18 saat, manakala gelaran “Queen of The Mountain” disandang oleh Yeong Zhen Yi dengan catatan masa 1 jam 32 minit 52 saat.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang bagi setiap kategori. Jumpa lagi dalam Selangor King of Mountain 2026!

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

 

 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 September 2025, 23:00:00.
Jumlah Pelawat :
01075419

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015