MEET CULTURE CHINESE CAR TREASURE HUNT 2025
Kuala Kubu Bharu, 14 September 2025 – Program Meet Culture Chinese Car Treasure Hunt 2025 telah berlangsung dengan jayanya bermula di KL Gateway, Kuala Lumpur dengan penyertaan hampir 230 peserta melibatkan 60 buah kenderaan. Acara bermula seawal jam 7.00 pagi dengan pelepasan peserta untuk memulakan perjalanan merentasi beberapa bandar utama.
Peserta melalui laluan cabaran yang mengetengahkan keunikan warisan dan keindahan alam semula jadi Selangor, dengan hentian di Rawang, Serendah (Muzium Warisan), Ulu Yam, sebelum berakhir di Kuala Kubu Bharu. Program tahunan komuniti Cina ini menggabungkan elemen eksplorasi budaya, cabaran intelektual serta pengembaraan keluarga.
Sebanyak RM5,000 nilai hadiah ditawarkan, termasuk baucar aktiviti pelancongan seperti paragliding dan whitewater rafting, selain tawaran daripada peniaga tempatan di Kuala Kubu Bharu. Inisiatif ini bukan sahaja menyemarakkan aktiviti komuniti tetapi turut mempromosikan destinasi pelancongan berteraskan alam semula jadi dan warisan budaya di Hulu Selangor.
Lebih bermakna, sebahagian hasil penganjuran program ini turut disalurkan kepada Rumah Sinar Harapan sebagai tanda keprihatinan terhadap komuniti yang memerlukan.
Turut hadir di dalam program tersebut YB Pang Sock Tao, ADUN Kuala Kubu Bharu ; YBrs. Puan Julaihah Jamaludin, YDP MPHS; YBrs. Puan Chua Yee Ling, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor dan Puan Saripah Bakar, Ahli Majlis MPHS.
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) berbesar hati menjadi rakan kerjasama rasmi dalam penganjuran ini, sejajar dengan usaha memupuk pelancongan mesra komuniti serta meningkatkan tanggungjawab sosial melalui aktiviti pelancongan berimpak positif.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
#AllahPeliharakanlahHuluSelangor