PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN KAKITANGAN MPHS 2025.
MPHS, 1 Disember 2025. Program Pemeriksaan Kesihatan bagi kakitangan sebagai salah satu langkah pihak MPHS memastikan semua kakitangan berada dalam keadaan sihat. Program tersebut telah berlangsung di Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu pagi tadi.
Pengisian pemeriksaan kesihatan yang disediakan ialah ujian tekanan darah, ujian glukosa (kencing manis), pengiraan indeks (BMI) dan ujian kolesterol dengan kerjasama Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor yang diketuai oleh Dr. Nurul Huda Binti Hamzah, Pegawai Perubatan bersama Dr. Siti Diyana Binti Ibrahim, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pegawai Perubatan.
Program ini juga bertujuan memastikan semua kakitangan dapat mengisi rekod kesihatan di dalam Sistem HRMIS mereka. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) selaku urus setia program untuk memastikan semua kakitangan MPHS hadir membuat pemeriksaan tersebut.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















