Program Pengukuhan Integriti Bersama Kakitangan MPHS

PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI BERSAMA KAKITANGAN MPHS SIRI 1/2025.

30 Jun 2025 (Isnin), Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu. Program Integriti Bersama Kakitangan MPHS ini bertujuan memperkenalkan enam teras dalam memperkasakan pemahaman peraturan-peraturan serta mengulangkaji pematuhan integriti bagi kakitangan MPHS. Program ini telah dirancang melibatkan empat siri sehingga bulan Ogos tahun ini dengan penglibatan seluruh kakitangan dari semua gred jawatan.

Siri 1/2025 yang melibatkan 80 orang kakitangan pagi tadi berjaya membawa satu bentuk sesi pembelajaran dengan pembahagian secara berkumpulan bagi melihat kefahaman peserta. Taklimat/ ceramah telah disampaikan oleh Encik Abdullah Shahrul bin Rosli (Ketua Unit Integriti MPHS).

Dalam usaha menjadikan program lebih berimpak kepada peserta, satu (1) slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) turut diselitkan yang mana peserta diberikan situasi-situasi dan kemudiannya menjalankan analisis besama ahli kumpulan sekali gus menyediakan cadangan tindakan yang boleh diambil daripada situasi berkenaan.

Semoga program ini dapat memberikan manfaat yang berpanjangan kepada semua peserta dalam memahami serta menghayati nilai integriti secara menyeluruh. Diharapkan juga setiap peserta dapat mengaplikasikan ilmu dan kefahaman yang diperoleh ke dalam amalan kerja harian, seterusnya menjadi agen perubahan yang mampu memperkukuhkan budaya tadbir urus yang berintegriti, telus dan berakauntabiliti tinggi khususnya di MPHS.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 01 Julai 2025, 09:34:16.
Jumlah Pelawat :
01014947

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015