Program penyampaian manfaat Tabung Endowmen dalam bentuk sarapan percuma kepada pelajar-pelajar SK Kg. Soeharto. SK Gesir Tengah, SK Seri Fajar, SK Lembah Beringin.
Program bermula seawal jam 6.00 pagi dan sebanyak 485 bungkusan sarapan percuma telah di edarkan kepada pelajar-pelajar pada minggu ini.
Sumbangan ini dijayakan hasil daripada sumbangan semua penderma MPHS. Terima kasih diucapkan kepada anda semua yang telah menyumbang kepada Tabung ini.
Marilah kita suburkan lagi Tabung ini dengan memberi sumbangan kepada Tabung Endowmen agar lebih banyak lagi manfaat dapat diberikan kepada masyarakat Hulu Selangor.
Pada minggu seterusnya Team Endowmen MPHS akan berada di Sekolah SJKT Ladang Lima Belas & SK Sri Keledang (18/06/2025), SJKT Ladang Escot ( 25/06/2025) dan PRA sekolah Jais SRA KKB (26/06/2025) bagi menyampaikan manfaat sarapan percuma ini.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon