PROGRAM PENYERAHAN ALAT _“AUTOMATED EXTERNAL DEFIBRILLATOR”_ (AED) & TAKLIMAT CPR DI MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS)
Kuala Kubu Bharu, 19 Jun 2025 - Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menganjurkan Program Penyerahan Alat “Automated External Defibrillator” (AED) serta Taklimat _"Cardiopulmonary Resuscitation"_ (CPR) dan Penggunaan Alat AED di Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Program telah dirasmikan oleh Encik Shaiful Rizza bin Hj. Piamin, Pengarah Jabatan Perbendaharaan merangkap Penolong Setiausaha MPHS. Alat _“Automated External Defibrillator”_ (AED) telah diserahkan oleh Encik Zulkefli bin Mohd Noor, Pengurus Besar Worldwide Medivest Sdn Bhd (WMSB).
Taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafizudin bin Sulaiman, Penolong Pengurus Pembangunan Perniagaan, Worldwide Medivest Sdn Bhd. Manakala bagi latihan penggunaan alat AED dan CPR telah disampaikan oleh Puan Sharon Ngu, Pengurus Keselamatan Awam, Zoll Medical Malaysia yang dibantu oleh Puan Khoo Ying Shu dan Puan Wai Yook Ching.
Matlamat program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga MPHS terhadap langkah kecemasan menyelamatkan nyawa semasa berlakunya serangan jantung mengejut (SCA), sama ada melibatkan rakan sekerja dan orang awam.
Pihak MPHS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan alat AED ini oleh Kerajaan Negeri Selangor serta komitmen semua yang terlibat dalam menjayakan program. Semoga inisiatif ini mampu memperkasakan komuniti dalam tindakan pantas semasa kecemasan sekaligus menyelamatkan lebih banyak nyawa pada masa hadapan.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon #AllahPeliharakanlahHuluSelangor