KUALA KUBU BHARU, 19 Julai 2025 – Program plogging anjuran bersama Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Kuala Kubu Bharu, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDPK) KKB, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Ampang Pecah, dengan sokongan Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti (KesKom) JPSPPA, MPHS yang dijalankan di Dataran Sungai Selangor hari ini telah berjaya mengumpul sebanyak 62.8 kilogram sisa.
Sebanyak 16.6 kg sisa plastik berjaya di kutip serta sisa lain seperti aluminium, fabrik, kaca, polisterin, lampin bayi dan lain-lain. Program ini bersifat mendidik dengan mengajar peserta mengasingkan barangan yang boleh dikitar semula dan yang perlu dilupuskan. Sisa yang boleh dikitar semula diletakkan di Pusat Kitar Semula KKB MPHS. Aktiviti ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada peserta mengenai pentingnya pemuliharaan alam sekitar, malah menggalakkan ekonomi kitaran.
Turut hadir memeriahkan program ini ialah Yang Berhormat Pang Sock Tao, ADUN Kuala Kubu Bharu sambil diiringi oleh Ahli Majlis Puan Saripah binti Bakar yang menunjukkan sokongan penuh terhadap usaha memperkasakan komuniti OKU melalui aktiviti kemasyarakatan dan pemeliharaan alam sekitar.
Program ini berjaya membuktikan bahawa komuniti OKU juga mampu memainkan peranan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan serta memupuk kesedaran awam terhadap kebersihan dan kelestarian persekitaran. Amat penting untuk mayarakat menyedari keindahan kawasan rekreasi akan terus indah hanya dengan amalan baik pengurusan sisa seperti membawa balik sisa usai berkelah dan melupuskan sisa dengan cara yang betul.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon