PROGRAM SEMINAR PEMANTAPAN DAN HALA TUJU ANULAE 2025 ANJURAN ANULAE CAWANGAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
27 Oktober 2025, Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu - Program seminar ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Azman Shah bin Abdul Rahman, Timbalan Presiden II CUEPACS Malaysia. Turut hadir Puan Norsheeda binti Abdul Salam, Pegawai Kesatuan Sekerja Kanan, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor & Wilayah Persekutuan, Encik Shaiful Rizza bin Haji Piamin, Penolong Setiausaha, merangkap Penolong Setiausaha Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Encik Encik Mohd Yusuf bin Saidina Abu Bakar, Pengerusi ANULAE Cawangan Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Program ini dilaksanakan dengan menggunakan geran yang telah diluluskan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia, Kementerian Sumber Manusia di bawah Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2025.
Intipati program ini memberi pengetahuan kepada kakitangan tentang peranan kesatuan dalam perkhidmatan awam seterusnya menentukan hala tuju yang jelas dalam merangka strategi, menilai pencapaian, memilih kepimpinan baharu dan sebagainya dalam memastikan kebajikan dan hak-hak ahli Kesatuan terus dipelihara dan diperjuangkan. Selain itu, kakitangan turut diperkenalkan dengan Kad Pekerja Madani.
Pihak ANULAE Cawangan Majlis Perbandaran Hulu Selangor berharap agar penganjuran program seminar ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan ahli-ahli kesatuan berkaitan peranan dan hala tuju perjuangan kesatuan pada masa akan datang.
















