Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor 2026
Yang Dipertua MPHS, YBrs. Puan Julaihah Jamaludin dan Setiausaha merangkap Timbalan Yang Dipertua MPHS, Puan Dewi Dirwana Munasir hadir ke Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Stadium Kajang malam tadi.
MPHS juga turut menyertai acara perarakan kenderaan berhias yang bertemakan ‘Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati'.
Kereta berhias yang di tampilkan oleh kontinjen MPHS mempersembahkan keunikan Bandar Kuala Kubu Bharu (KKB) sebagai sebuah bandar dalam taman (Garden City) yang kaya dengan warisan sejarah dan khazanah alam semula jadi.
Mengangkat semangat Hari Kemerdekaan, persembahan ini memadukan keagungan sejarah dan warisan Bandar Kuala Kubu Bharu dengan pembangunan yang masih mengekalkan kelestarian dan keuinikan alam semulajadi.
Perarakan turut menampilkan aset serta jentera pelbagai agensi termasuk pasukan keselamatan negara, selain persembahan badan beruniform.
Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dan turut dihadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua - Ketua Jabatan peringkat Negeri dan Daerah.
Kemuncak sambutan turut dimeriahkan dengan persembahan artis tanah air dan persembahan bunga api.
















