TAHNIAH !! JMB PANGSAPURI SERI BAKAWALI, BUKIT SENTOSA MENERIMA PENGHARGAAN AMALAN PERANCANGAN TERBAIK (APT.25) PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2025
Putrajaya, 28 Oktober 2025 - Pada hari ini telah berlangsungnya Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2025, Kongres Perancangan Kebangsaan (NPC) dan MyCITY Expo 2025 bertempat di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri. Turut hadir YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri KPKT, YBhg. Datuk Wira Dr. M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT serta, YBhg. Datuk TPr Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah PLANMalaysia.
Pada majlis tersebut juga telah diadakan Penyampaian Anugerah Malaysia Urban Planning Awards (MUPA 2025). JMB Pangsapuri Seri Bakawali, Bukit Sentosa telah menerima Tempat Ketiga dengan Tema Kehijauan Lestari , Ekonomi Diperbaharui bagi Kategori Kejiranan Hijau sempena Anugerah Amalan Perancangan Terbaik 2025 (APT.25) anjuran PlanMalaysia.
Anugerah telah disampaikan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri KPKT kepada Puan Faizah binti Ahmad, Pengerusi JMB Pangsapuri Seri Bakawali Bukit Sentosa. Hadir sama Ahli Jawatankuasa JMB Pangsapuri Seri Bakawali, Puan TPr Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPHS serta pegawai MPHS.
Pihak MPHS mengucapkan tahniah di atas pencapaian yang diterima. Anugerah ini telah mengiktiraf usaha komitmen komuniti dan kerajaan tempatan dalam mempromosi ruang hijau lestari dan keberdayaan komuniti. Syabas dan terus maju ke hadapan!
#APT2025 #HariPerancangBandarSedunia2025
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















