Sarapan percuma kepada Pelajar Pra Sekolah Jais SRA KKB

Program penyampaian manfaat Tabung Endowmen dalam bentuk sarapan percuma kepada Pelajar Pra Sekolah Jais SRA KKB

Program bermula pada pukul 7.30 pagi dan sebanyak 83 bungkusan sarapan percuma telah di edarkan kepada murid PRA Sekolah Jais. Program PSP pada 23/06/2025 turut disertai oleh pengurusan tertinggi MPHS, Yang Dipertua Pn. Julaihah Binti Jamaludin yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Endowmen MPHS. Tn Shaiful Rizza Bin Hj Piamin ,Pengarah Perbendaharaan merangkap Penolong Setiausaha MPHS. Ahli Majlis MPHS, Puan. Saripah Binti Bakar, En. Mohd Norazif Bin Ahmad Tamsis, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan bersama-sama sukarelawan endowment MPHS

Program Sarapan Pagi adalah salah satu inisiatif di bawah Tabung Endowmen Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS). Tujuannya adalah untuk:

i) Membantu golongan yang memerlukan, terutamanya pelajar sekolah, anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah (B40), dan komuniti setempat.

ii) Memberi sarapan percuma kepada murid-murid supaya mereka dapat memulakan hari persekolahan dengan perut kenyang dan fokus semasa pembelajaran.

iii) Sekaligus program ini menyokong SDG (Sustainable Development Goals) SDG 1: Sifar kemiskinan, SDG 2: sifar kelaparan dan SDG 4: Pendidikan berkualiti

“Sekeping hati yang prihatin mampu mengubah masa depan seseorang". Hulurkan sumbangan anda ke dalam Tabung Endowmen MPHS untuk membantu anak-anak kita mendapat sarapan berkhasiat sebelum ke sekolah, membantu keluarga yang kurang bernasib baik, dan menyemarakkan semangat kebajikan dalam komuniti kita. Bersama kita membina masyarakat yang sejahtera!”

#Jomsumbang

#endowmenMPHS

#sdg1

#sdg2

#sdg4

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#transformasikomunitiperbandaranharmoni

#sustainabledevelopmentgoals

#MPHSGO

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 27 Jun 2025, 05:56:24.
Jumlah Pelawat :
01012479

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015