Semakan Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan Pegawai Dan Kakitangan Majlis Perbandaran Hulu Selangor Tahun 2025

SEMAKAN BUKU REKOD PERKHIDMATAN KERAJAAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR TAHUN 2025.

MPHS, 2 Disember 2025. Program tahunan ini diadakan bagi memberi ruang dan peluang kepada pegawai dan kakitangan MPHS memastikan setiap kenyataan yang dicatat tentang perkhidmatan mereka di dalam buku rekod perkhidmatan kerajaan adalah tepat dan tersusun.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan perlu memastikan segala catatan perkhidmatan seseorang pegawai dan kakitangan itu tepat dan terkini bagi memudahkan proses pembayaran faedah persaraan di akhir perkhidmatan nanti. Ia kerana Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan ini merekodkan maklumat peribadi dan perkhidmatan pegawai mulai tarikh lantikan sehingga akhir perkhidmatan pegawai.

YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS bersama Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha MPHS turut meluangkan masa menyemak Buku Rekod Perkhidmatan.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pegurusan turut menyasarkan semua pegawai dan kakitangan MPHS hadir bagi semakan tersebut dengan menyediakan kaunter semakan berkaitan rekod cuti, latihan/ kursus, kiraan gaji terkini dan pengemaskinian maklumat dalam sistem HRMIS. Program semakan buku rekod perkhidmatan ini akan berakhir pada 3 Disember 2025 pukul 4.00 petang.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Rabu 03 Disember 2025, 09:44:30.
Jumlah Pelawat :
01119305

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015