Sesi Libat Urus Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (BPSM PSUK)

SESI LIBAT URUS BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BPSM) KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR TAHUN 2025.

10 dan 11 November 2025 (Isnin dan Selasa), MPHS. MPHS terpilih sebagai satu-satunya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi sesi libat urus Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (BPSM PSUK) dan ia merupakan program di bawah Pelan Strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Sesi tersebut untuk membincang urusan berkaitan pengurusan sumber manusia merangkumi aspek perkhidmatan, pembangunan organisasi, latihan dan pembangunan kompentensi serta pengurusan kaunseling dan psikologi bagi memastikan pengurusan sumber manusia di peringkat MPHS dilaksanakan dengan baik dan teratur mengikut peraturan semasa yang berkuatkuasa.

Sesi libat urus yang berlangsung semalam dan berakhir pada hari ini telah diketuai oleh Encik Hasrul Faiz bin Borhanuddin dan Puan Zarith Sofia binti Jaafar, Ketua Penolong Setiausaha BPSM PSUK bersama 30 orang delegasi dari BPSM PSUK yang turut bersama-sama terlibat dalam sesi libat urus ini. MPHS pula telah diketuai oleh Encik Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan bersama pegawai-pegawai dari BPSM MPHS.

Mesyuarat penutup sesi libat urus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha MPHS.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Selasa 11 November 2025, 23:37:50.
Jumlah Pelawat :
01105878

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015