3 Julai 2025, Kuala Lumpur – Dua kumpulan inovatif dari Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), ASPIRE dan Nova Tech telah dijemput oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Tengah untuk berkongsi pengalaman serta kejayaan projek inovasi masing-masing.
Sesi perkongsian yang berlangsung di INTAN Kiara, Kuala Lumpur ini memberi ruang kepada peserta untuk memahami proses penjanaan idea, pembangunan produk serta cabaran dalam mengangkat inovasi ke peringkat yang lebih tinggi.
Kumpulan ASPIRE telah membentangkan inovasi SPKB (Sistem Penguatkusaan Kompaun Bersepadu), manakala Kumpulan Nova Tech memperkenalkan aplikasi digital MPHS GO, sebuah inisiatif pendigitalan perkhidmatan PBT ke arah penyampaian yang lebih efisien dan mesra pengguna.
Terima kasih diucapkan kepada pihak INTAN atas jemputan dan sokongan yang diberikan. Semoga sesi ini terus menyemarakkan semangat inovasi dalam perkhidmatan awam!
#MPHS #InovasiMPHS #Aspire #NovaTech #MPHSGO #INTANKiara #SelangorMaju #DigitalisasiPBT #InovasiPerkhidmatanAwam
#HuluSelangorBandarRendahKarbon